Peguam Jenayah Syariah Seluruh Malaysia
Sedia Membantu Anda
Nyatakan Masalah Anda
Kami akan balas dalam 24 jam
Tahun Pengalaman
Anda boleh memercayai kami untuk melaksanakan kes anda dengan cekap
Klien Dibantu
Pengalaman menangani pelbagai kes-kes yang berbeza.
Negeri
Diiktiraf dan bertauliah untuk kesemua 14 negeri di Malaysia
Menghadapi Cabaran Dalam Kes Jenayah Syariah
Saat menghadapi situasi rumit dalam kes jenayah Syarie di Malaysia, seperti tuduhan kesalahan menurut undang-undang Islam, mencari jalan penyelesaian yang tepat adalah penting.
NAI Hanan & Partners menawarkan kepakaran dalam menangani kes-kes ini dengan profesionalisme dan integriti. Kami menyediakan perkhidmatan guaman yang efisien dan berpengalaman dalam bidang jenayah Syarie, serta nasihat yang jelas dan praktikal untuk membantu anda mengatasi situasi sukar ini.
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami.
Perkhidmatan Yang Cekap Dan Efisien
Hilangkan kekeliruan seorang pakar kami bercakap dengan anda. Dapatkan nasihat yang berguna dan dipermudahkan.
Setelah berbincang dan bersetuju, kami akan segera memulakan kerja kami tanpa melengahkan waktu.
Alami penyelesaian pantas dalam kerangka undang-undang Syariah Malaysia.
Khidmat Guaman
Khalwat
Seorang lelaki berada bersama dengan seorang atau lebih dari seorang perempuan yang bukan isteri atau ahli keluarganya di mana-mana tempat yang berselindung sama ada di dalam rumah, bangunan, atau bilik dalam keadaan yang menimbulkan syak bahawa mereka sedang membuat perbuatan yang tidak bermoral.
Nikah (Poligami) tanpa kebenaran
Kesalahan kepada mereka yang berpoligami dengan berkahwin terlebih dahulu tanpa kebenaran Mahkamah. Banyak pasangan memilih untuk berkahwin di luar negara seperti di Thailand kerana tidak memerlukan kebenaran di Mahkamah. Sekiranya berlaku, pasangan tersebut telah melakukan dua kesalahan iaitu berkahwin di luar negara tanpa kebenaran dan berpoligami tanpa kebenaran.
Nikah Luar Negara tanpa kebenaran
Menjadi satu kesalahan kepada mereka yang nikah luar negara tanpa kebenaran Mahkamah. Nikah di luar negara tanpa kebenaran pendaftar perkahwinan seperti di Thailand, United Kingdon, Saudi dan lain-lain. Banyak pasangan memilih untuk berkahwin di luar negara seperti di Thailand kerana tidak keperluan untuk mendapatkan kebenaran di Mahkamah.
Judi
Mana-mana individu yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi. Melakukan suatu kesalahan Judi termasuklah judi siber, nombor ekor, penggunaan dadu, daun terup, mesin slot atau jackpot, loteri dan tikam.
Perceraian tanpa kebenaran mahkamah
Perceraian boleh berlaku di mana-mana sama ada di luar Mahkamah atau di dalam Mahkamah. Sekiranya perceraian berlaku di luar Mahkamah, ia perlu dirujuk ke mahkamah bagi tujuan pengesahan dan ditentukan jumlah talak yang dilafazkan serta baki talak.
Zina
Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah dimana mereka melakukan persetubuhan tersebut dengan suka rela dalam keadaan yang sedar serta tidak ada unsur syubahat.
Kesalahan Arak
Mana-mana individu yang berada di mana-mana kedai atau tempat awam lain dan meminum apa-apa minuman yang memabukkan.
Hubungi Kami
Nyatakan masalah anda, dan kami akan balas dalam 24 jam.
Atau gunakan borang berikut:
Pengisian borang hubungi ini tidak dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang maklumat yang disediakan dalam borang ini adalah untuk tujuan pertanyaan sahaja dan tidak akan dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang hubungan pelanggan dan peguam hanya akan ditubuhkan selepas konsultasi peribadi yang sesuai dan perjanjian bertulis yang telah dimuktamadkan antara pihak-pihak yang berkenaan.
Soalan Lazim
Kami Sedia Membantu
Kami memahami bahawa ramai klien kami berada dalam kekeliruan dan kerisauan, yang telah menjejaskan ketenteraman, pekerjaan, dan kebahagiaan mereka secara menyeluruh.
Di NAI Hanan & Partners, kami sedia membantu semua klien kami dengan penuh integriti, tanpa mengira masalah yang anda hadapi.