TAULIAH NEGERI JOHOR

NAI Hanan & Partners (NAI Syarie) Berjaya Mendapat Tauliah Negeri Johor

9 Januari 2024, JohorNai Hanan & Partners telah melebarkan sayapnya dalam bidang guaman Syariah bagi kelayakan tauliah di Negeri Johor baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada Puan Nurul Hanan binti Jasmin atas penerimaan tauliah tersebut.

Seramai 32 orang Peguam Syarie baru dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor. Majlis Pelantikan dan Pentauliahan Peguam Syarie Baru Negeri Johor Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Yang Amat Arif Dato’ Haji Muhammad Khaldun bin Mohamad Sharif, Ketua Hakim Syarie Negeri Johor bertempat di Dewan Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor.

Majlis ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Johor dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia Cawangan Johor.

*Sumber: Facebook Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *