Perasmian Laman Sesawang NAI Hanan & Partners, Jabatan Undang-Undang Kekeluargaan Syariah
Cheras, 4 Januari 2024 – Nazri Azmi Islinda (NAILAW) telah merasmikan laman sesawang baharu bagi Jabatan Undang-undang Kekeluargaan Syariah dibawah Nai Hanan dan Partners. Laman sesawang ini akan membawa pengguna kepada pengalaman digital yang lebih baik dan meningkatkan akses kepada perkhidmatan berkaitan syariah.
Laman sesawang ini berfungsi sebagai platform yang lebih mesra pengguna dan memudahkan capaian bagi individu yang mencari maklumat berkaitan info syariah kekeluargaan, khidmat guaman isu perkahwinan, penceraian, harta pusaka mahupun jenayah syariah.
Laman sesawang ini tidak hanya menjadi sumber maklumat tetapi juga menjadi medium bagi masyarakat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dari firma guaman Syariah Nai Hanan dan Partners. Harapannya, kehadiran dalam dunia maya ini akan memperluaskan capaian dan memberikan manfaat kepada lebih ramai individu.