Hukum Wasiat Dalam Islam

Wasiat adalah pesanan atau amanah yang ditinggalkan oleh seseorang sebelum meninggal dunia untuk dilaksanakan setelah kematiannya.

Wasiat dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan kebajikan melalui harta yang ditinggalkan atau mengeratkan silaturrahim dengan kaum kerabat yang tidak menerima harta pusaka.

Dalil untuk Wasiat

Wasiat dalam Al-Quran

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah, ayat 180): “Ditentukan bagi kamu apabila mati salah seorang di antara kamu, jika meninggalkan kebaikan, hendaklah ia mewasiatkan kepada ibu bapa dan kerabatnya dengan cara yang baik (ma’ruf). Itulah kewajiban bagi orang-orang yang bertakwa.

Wasiat dalam Hadis

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari: “Tidak halal bagi seorang Muslim yang memiliki sesuatu untuk diwasiatkan, melalaikan dua malam tanpa menulis wasiatnya.”

Syarat-syarat Sah Wasiat

Syarat Pewasiat

  • 18 tahun
  • Berakal;
  • Tanpa paksaan; sukarela
  • Tidak dihalang daripada mengurus hartanya.

Syarat Penerima Wasiat

  • Diketahui dengan jelas;
  • Wasiat hanya boleh diberikan kepada bukan ahli waris
  • Dapat menerima harta yang diwasiatkan sesuai dengan Hukum Syarak; dan
  • Mempunyai kelaykan untuk mengurus harta (capacity) mengikut undang-undang bertulis.

Syarat Harta Yang Diwasiat

  • Wasiat tidak boleh melebihi sepertiga harta
  • Harta pusaka atau sesuatu yang boleh dijual beli
  • Sesuatu yang memiliki nilai dan dapat dipindahkan setelah kematian pewasiat;
  • Sesuatu yang ada dalam kepemilikan pewasiat, jika ditentukan, atau ada pada saat kematian pewasiat, jika tidak ditentukan; dan
  • Bukan haram atau maksiat

Bagaimana Menyediakan Wasiat

Menyediakan wasiat dalam Islam melibatkan beberapa langkah penting.

  • Pertama, menentukan harta atau aset yang akan diwasiatkan.
  • Kedua, menentukan penerima wasiat.
  • Ketiga, menulis dan menyimpan wasiat dalam bentuk yang aman dan dapat diakses.

Perlukan Khidmat Penyediaan dan Penyimpanan Wasiat?

Jika anda memerlukan bantuan dalam menyediakan wasiat, kami di sini untuk membantu. NAI Hanan & Partners terdiri daripada peguam-peguam syarie yang berpengalaman dalam membantu klien menyediakan wasiat. Hubungi kami hari ini menggunakan borang di bawah atau tekan butang Whatsapp.

Nyatakan Masalah Anda

Kami akan balas dalam 24 jam

  • Maklumat anda selamat dengan kami

Hubungi Kami

Nyatakan masalah anda, dan kami akan balas dalam 24 jam.

Atau gunakan borang berikut:

Pengisian borang hubungi ini tidak dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang maklumat yang disediakan dalam borang ini adalah untuk tujuan pertanyaan sahaja dan tidak akan dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang hubungan pelanggan dan peguam hanya akan ditubuhkan selepas konsultasi peribadi yang sesuai dan perjanjian bertulis yang telah dimuktamadkan antara pihak-pihak yang berkenaan.