Secara umumnya, peguam syarie mewakili klien dalam hal-hal yang tertera dalam Senarai Kedua, Jadual Ke-9 Perlembagaan Persekutuan, yaitu:
- undang-undang keluarga Islam
- pewarisan
- wasiat
- pertunangan
- perkahwinan
- perceraian
- wakaf
- zakat
- jenayah syariah
- dan banyak lagi perkara berkaitan dengan hukam Syarak.
Namun, peguam sivil pula mewakili klien dalam hal-hal yang tertera dalam Senarai Pertama, Jadual Ke-9 Perlembagaan Persekutuan yaitu:
- undang-undang am
- tort
- kontrak
- komersial
- korporat
- hartanah
- jenayah
Ringkasnya, peguam syarie lebih fokus terhadap undang-undang peribadi orang Islam manakala peguam sivil lebih luas amalan mereka.
Berikut adalah jadual yang menggariskan perbezaan peranan antara peguam syarie dan peguam sivil di Malaysia:
Aspek | Peguam Syarie | Peguam Sivil |
---|---|---|
Bidang Kepakaran | Mengendalikan isu-isu berkaitan dengan undang-undang keluarga Islam, pewarisan, dan perkara berkaitan hukum Syariah. | Amalan guaman dalam semua aspek undang-undang sivil, termasuk kontrak, tort, perundangan korporat, dan komersial. |
Undang-Undang yang Digunakan | Memerlukan pengetahuan mendalam tentang syariat Islam serta undang-undang keluarga Islam yang berlaku di Malaysia. | Menggunakan undang-undang sivil/common law yang merangkumi pelbagai aspek perundangan tanpa batasan kepada agama. |
Skop Amalan | Terbatas pada isu yang spesifik dalam konteks hukum syariah, terutama yang berkaitan dengan masyarakat Islam. | Lebih luas dan merangkumi pelbagai jenis kes sivil yang tidak terhad kepada isu berkaitan dengan agama sahaja. |
Persilangan Amalan Guaman | Biasanya tidak mengendalikan kes-kes sivil yang tidak berkaitan dengan hukum syarie. | Boleh mengendalikan kes-kes yang melibatkan pelbagai aspek undang-undang sivil, termasuk yang berkaitan dengan syarie dalam konteks tertentu. |
Dalam memilih peguam yang sesuai dengan keperluan perundangan, penting untuk mempertimbangkan perbezaan ini untuk memastikan bahawa kita mendapatkan khidmat nasihat yang paling relevan dan tepat.
Tidak pasti Sama Ada Anda Perlukan Peguam Sivil Atau Peguam Syarie?
Memang akan wujud banyak kes di mana bidangnya tidak beberapa jelas seperti dalam kes jenayah Syariah. Namun, kami boleh bantu anda. Hubungi kami untuk dapatkan maklumat lanjut.
Jangan risau untuk bercakap dengan kami untuk dapatkan bimbingan awal (tiada caj). Klik di sini.