Tuntutan Nafkah Anak

Soalan:

Saya dan suami telah berpisah 5 tahun lepas. Ketika itu anak masih kecil dan saya serta arwah bapa saya dapat menampung perbelanjaan anak-anak ketika itu. Namun kini, anak-anak telah bersekolah dan bapa saya telah meninggal dunia. Adakah boleh saya menuntut nafkah anak-anak walaupun telah berpisah 5 tahun lalu?

 
Jawapan:

Ya puan, puan masih boleh membuat tuntutan nafkah anak bagi pihak anak-anak puan. Nafkah anak ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, dan perubatan mengikut keperluan dan kemampuan bapa.

Tuntutan nafkah anak ini, perlu disenaraikan segala keperluan asas anak-anak tersebut dan anggaran jumlah. Sebagai contoh:

Nafkah Bulanan

ANAK PERTAMA (AHMAD BIN AHMAD)

BIL.

PERKARA

JUMLAH

1.

Makanan dan minuman

XXX

2.

Pakaian

XXX

3.

Kelas tuisyen/mengaji etc

XXX

4.

Perubatan

XXX

5.

Van Sekolah/transit

XXX

 

JUMLAH BAGI SEBULAN

RM XXX

Nafkah Tahunan

ANAK PERTAMA (AHMAD BIN AHMAD)

BIL.

PERKARA

JUMLAH

1.

Pakaian Hari Raya Aidil Fitri/Aidiladha

XXX

2.

Pakaian Sekolah/kasut sekolah/kelengkapan sekolah

XXX

3.

Yuran tahunan sekolah

XXX

4.

Percutian/aktiviti riadhah

XXX

 

JUMLAH BAGI SEBULAN

RM XXX

Perkara asas bagi nafkah anak ini adalah ianya merupakan tanggungjawab bapa. Namun, jika bapa telah meninggal dunia, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali. Kepentingan anak-anak wajib diberi keutamaan kerana anak-anak masih lemah dan memerlukan bimbingan dan usaha dari ibu bapa yang telah diberikan tanggungjawab dalam melindungi anak-anak.  Namun begitu, Mahkamah akan melihat juga keperluan anak-anak, taraf kehidupan serta kemampuan bapa dalam menentukan sesuatu jumlah.

Walaupun suami dan isteri telah bercerai, Namun kebajikan dan Pendidikan anak-anak janganlah diabaikan. Sentiasalah bertoleransi demi masa hadapan anak-anak dan demi ketenangan pihak-pihak.

Ditulis oleh:
AYUNI AQILAH BINTI MUHAMMAD AZMI
Peguam Syarie NAI Hanan & Partners

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *