Popular Tags

No tags to display. Try to select another taxonomy.

Tunggakan Nafkah Isteri

Apakah tunggakan nafkah isteri?

Tunggakan nafkah isteri dalam Islam merujuk kepada situasi di mana suami gagal memenuhi tanggungjawab memberikan nafkah kepada isterinya semasa perkahwinan.

Nafkah ini melibatkan keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Namun, dalam perbincangan para ahli fiqh, nafkah juga merangkumi keperluan sampingan isteri seperti pembantu rumah, perkakas rumah, alat kebersihan, dan rawatan kesihatan.

Semua ini hendaklah datang dari sumber yang halal dan hanya dikeluarkan untuk perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah sahaja.

Syarat-syarat untuk menuntut nafkah tertunggak

Untuk menuntut nafkah tertunggak, isteri perlu memenuhi dua syarat:

  1. Bentuk Keperluan Nafkah: Isteri hendaklah menunjukkan bukti bahawa segala keperluannya telah diuruskan sendiri, seperti mengemukakan resit pembayaran, bil-bil, sewa rumah, dan sebagainya yang gagal diselesaikan oleh suami.
  2. Kemampuan Suami: Suami boleh menyangkal tuntutan isteri dengan membuktikan bahawa dia telah menyelesaikan segala keperluan isteri selaras dengan kemampuannya dan persetujuan mereka semasa perkahwinan.

Isteri boleh menuntut nafkah tertunggak ketika masih berkahwin dengan suaminya atau ketika sudah bercerai. Mahkamah boleh memerintahkan suami membayar nafkah tertunggak mengikut kemampuannya dan keperluan isteri, kerana ianya dikira sebagai hutang yang wajib dibayar oleh suami.

Apa perlu buat jika menghadapi Kes Tunggakan Nafkah Isteri

Jika anda sedang seorang bekas isteri atau bekas suami yang sedang menghadapi kes tunggakan nafkah isteri, jangan ragu untuk dapatkan bantuan daripada pakar Syariah.

Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan nasihat profesional dan sokongan undang-undang yang anda perlukan.

By Published On: March 15th, 2025Categories: Tuntutan Selepas CeraiComments Off on Tunggakan Nafkah Isteri

Share This Story, Choose Your Platform!