Dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam bidang undang-undang Syariah, kami telah membantu lebih daripada 1000 klien dalam pelbagai kes.
Kami memahami bahawa setiap kes adalah penting untuk klien. Sasaran kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan anda. Klien adalah keutamaan, dan kami berusaha untuk membantu anda sebaik mungkin.
Pasukan kami terdiri daripada peguam-peguam syarie yang berdedikasi dan berpengalaman.
Terima kasih kerana memilih NAI Hanan & Partners sebagai peguam syarie anda.

Bagaimana kami Mengaplikasikan undang-undang Syariah untuk Menyelesaikan Masalah klien.
Halangan yang selalu dirasai oleh klien kami adalah prosedur undang-undang yang mengelirukan ketika menghadapi masalah keluarga atau rumah tangga.
Walaupun begitu, dengan prinsip-prinsip di bawah, kami berusaha mendapatkan penyelesaian.
1. Mengkaji Masalah Klien Hingga Ke Akar Umbi
Di NAI Hanan & Partners, kami akan mengkaji masalah klien kami hingga ke akar umbi. Pengalaman luas kami membantu kami memahami hakikat masalah dan mengaplikasi peruntukan undang-undang Syariah yang sesuai.
2. Menelusuri Semua Kemungkinan Undang-Undang Sebelum Memilih Tindakan
Sebagai peguam, kami mempunyai tanggungjawab utama untuk memberikan nasihat terbaik. Kami memahami bahawa semua kes adalah penting untuk klien.
3. Kecekapan dan Ketepatan Masa
Kami memahami bahawa masa anda berharga. Pengalaman kami dalam menangani kes syarie membolehkan kami menguruskan aliran kerja yang cekap dan telus ke arah mencapai solusi terbaik.
Kami Sedia Membantu
Kami memahami bahawa ramai klien kami berada dalam kekeliruan dan kerisauan, yang telah menjejaskan ketenteraman, pekerjaan, dan kebahagiaan mereka secara menyeluruh.
Di NAI Hanan & Partners, kami sedia membantu semua klien kami dengan penuh integriti, tanpa mengira masalah yang anda hadapi.