Penyediaan dan Pelaksanaan Hibah

Apakah Hibah Harta?

Hibah ialah pemberian harta (sama ada hartanah atau bukan) kepada orang lain semasa hidup. Ia dilakukan sebagai tanda kasih sayang tanpa apa-apa balasan.

Hibah membolehkan individu mengatur pengagihan harta mereka mengikut kehendak mereka sendiri, selalunya kepada bukan waris atau untuk tujuan khas, seperti amal atau keperluan keluarga.

Apakah perbezaan hibah dan wasiat?

Wasiat hanya dilaksanakan selepas kematian manakala hibah boleh dilaksanakan semasa pemberi hibah masih hidup. Harta hibah juga boleh diberikan kepada sesiapa sahaja manakalah harta wasiat tidak boleh diberi kepada waris.

NAI Hanan & Partners telah mengumpulkan pengalaman dalam membantu klien mengharungi proses hibah harta di Malaysia. Jangan ragu untuk menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.

  • Perkhidmatan hibah dengan kos yang munasabah

  • Nasihat yang berguna dan memudahkan

  • Peguam yang cekap dan efisien.
Peguam Hibah

Perkhidmatan Yang Cekap Dan Efisien

Bagaimanakah Proses Hibah Harta?

Halangan yang selalu dirasai oleh klien kami adalah prosedur undang-undang yang mengelirukan ketika hendak menghibahkan harta..

Bagaimana Untuk Buat hibah?

Hibah boleh dilakukan dengan lisan tetapi sebaiknya ditulis. dengan adanya saksi untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham

Adakah Perlu persetujuan Ahli Waris lain?

Tidak. Dalam hibah, pemberi hibah mempunyai hak sepenuhnya untuk tentukan bagaimana dan kadar hibah yang diberikan.

Harta apa yang boleh dihibahkan?

Segala aset yang yang didaftarkan dengan nama anda boleh dihibahkan oleh anda.

Menghibahkan Harta yang masih Dicagar oleh bank

Tidak ada undang-undang jelas buat masa sekarang berkenaan hibah harta yang masih dicagar oleh bank. Namun kebanyakan mahkamah telah membenarkan dengan syarat-syarat tertentu.

Perkhidmatan Hibah

Hubungi Kami

Nyatakan masalah anda, dan kami akan balas dalam 24 jam.

Atau gunakan borang berikut:

Status Pekerjaan

Pengisian borang hubungi ini tidak dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang maklumat yang disediakan dalam borang ini adalah untuk tujuan pertanyaan sahaja dan tidak akan dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang hubungan pelanggan dan peguam hanya akan ditubuhkan selepas konsultasi peribadi yang sesuai dan perjanjian bertulis yang telah dimuktamadkan antara pihak-pihak yang berkenaan.