Peguam Perceraian Selangor
Bantuan Khidmat Nasihat Untuk Perceraian
Nyatakan Masalah Anda
Kami akan balas dalam 24 jam
Tahun Pengalaman
Anda boleh memercayai kami untuk melaksanakan kes anda dengan cekap
Klien Dibantu
Pengalaman menangani pelbagai kes-kes yang berbeza.
Negeri
Diiktiraf dan bertauliah untuk kesemua 14 negeri di Malaysia
Jenis-Jenis Perceraian
Talak
Melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz cerai yang hanya boleh dibuat oleh suami.
Fasakh
Melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui mahkamah. Fasakh hanya boleh diputuskan oleh Hakim Syarie apabila terdapat sebab tertentu yang dinyatakan dalam hukum syarak dan undang-undang seperti suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan
Ta’liq
Perceraian yang berlaku disebabkan perkara yang digantung (ditaklikkan) kepada perceraian. Sebagai contoh “Kalau kau pergi rumah lelaki tu, jatuh talak 1”
Khulu’
Perpisahan antara suami isteri dengan sesuatu gantian (bayaran) yang diberikan oleh isteri kepada suami dengan lafaz talak atau khulu’
Hakam
Hakam yang diberikan kuasa penuh daripada prinsipal yang mana hakam juga boleh melafazkan talak atau khuluk di hadapan mahkamah bagi pihak suami.
pengesahan lafaz cerai
Pengesahan lafaz cerai perlu dibuat di mahkamah sekiranya si suami menceraikan isteri di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah.
Anda mungkin tidak pernah sangka yang anda akan perlukan peguam Cerai
Pengakhiran rumah tangga sangat ditakuti ramai. Namun, ada kalanya perceraian adalah cara yang terbaik.
Mungkin anda dan pasangan anda sudah bertekad untuk bercerai dan hanya ingin tahu cara memohon cerai. Atau anda ingin cerai tetapi pasangan anda tidak setuju.
Apapun, jangan risau, kami di sini untuk membantu anda. Anda boleh Whatsapp kami untuk pertanyaan lanjut dan kami akan jawab soalan anda dengan hati yang terbuka.
NAI Hanan & Partners telah mengumpulkan pengalaman dalam membantu klien mengharungi proses cerai di Selangor. Jangan ragu untuk menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Perkhidmatan Yang Cekap Dan Efisien
Hilangkan kekeliruan seorang pakar kami bercakap dengan anda. Dapatkan nasihat yang berguna dan dipermudahkan.
Setelah berbincang dan bersetuju, kami akan segera memulakan kerja kami tanpa melengahkan waktu.
Alami penyelesaian pantas dalam kerangka undang-undang Syariah Malaysia.
Peguam Perceraian Di Selangor
Sebagai peguam cerai yang bertauliah di Selangor, NAI Hanan & Partners komited untuk membantu anda sebaik mungkin.
Negeri Kami Khidmat
- Kuala Lumpur
- Selangor
- Putrajaya
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Perak
- Kelantan
- Pahang
- Terengganu
- Johor
- Kedah
- Pulau Pinang
- Perlis
- Sabah
- Sarawak
Pasukan Kami
Pasukan kami adalah pakar undang-undang Syariah yang prihatin, berpengalaman, dan dapat dipercayai. Peguam perceraian kami juga mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang Syariah, kami komited untuk membantu anda mendapatkan keadilan.
Nurul Hanan Binti Jasmin
B.A SYARIAH (Hons) UniSZA, DAIJ IIUM
jasmin@naihanan.my
Puan Nooramalina Imlah Mat Noor
LLB (Hons), DJALP UKM
amalina@naihanan.my
Sarah Syahirah Binti abdullah
LL.B (Hons) IIUM
sarah@naihanan.my
Berhubung dengan Pakar
Nyatakan masalah anda, dan kami akan balas dalam 24 jam.
Atau gunakan borang berikut:
Pengisian borang hubungi ini tidak dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang maklumat yang disediakan dalam borang ini adalah untuk tujuan pertanyaan sahaja dan tidak akan dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang hubungan pelanggan dan peguam hanya akan ditubuhkan selepas konsultasi peribadi yang sesuai dan perjanjian bertulis yang telah dimuktamadkan antara pihak-pihak yang berkenaan.
Soalan Lazim
Kami Sedia Membantu
Kami memahami bahawa anda sedang mengharungi waktu yang sukar. Anda berada dalam kekeliruan dan kerisauan, yang telah menjejaskan ketenteraman, pekerjaan, dan kebahagiaan anda secara menyeluruh.
Di NAI Hanan & Partners, kami bersedia membantu semua klien kami dengan penuh integriti, tanpa mengira masalah yang anda hadapi.