Peguam Syarie di Selangor

Soalan Mengenai Peguam Syarie di Selangor

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Enakmen utama yang berkaitan dengan undang-undang keluarga Islam di Selangor ialah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Enakmen ini merangkumi pelbagai aspek undang-undang keluarga Islam, termasuk:

  1. Perkahwinan: Orang yang boleh mengesahkan perkahwinan, umur minimum untuk perkahwinan, hubungan yang melarang perkahwinan, perkahwinan yang tidak sah, perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan, kebenaran yang diperlukan, perkahwinan seorang wanita, pertunangan, syarat untuk perkahwinan.
  2. Pendaftaran Perkahwinan: Pendaftaran, sijil perkahwinan dan sijil ta’liq, pelaporan perkahwinan yang tidak sah atau haram, perceraian, dan ruju’.
  3. Pembubaran Perkahwinan: Skop kuasa untuk membuat sebarang perintah, perubahan agama, perceraian melalui talaq atau perintah, penyelesaian oleh Hakam, perceraian Khul’ atau cerai tebus talaq, perceraian di bawah ta’liq atau syarat, perceraian melalui li’an, pengekalan hubungan suami isteri atau ruju’, perintah untuk pembubaran perkahwinan atau fasakh, anggapan kematian.

Harap maklum bahawa setiap daripada tiga belas negeri di Malaysia mempunyai undang-undangnya tersendiri. Sila guna navigasi di kanan/bawah untuk maklumat tentang negeri-negeri lain.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak menetapkan bayaran minimum atau maksimum berkenaan yuran peguam syarie. Oleh itu, khidmat peguam syarie di Selangor berbeza-beza bergantung kepada kerumitan kes, kemahiran dan pengalaman peguam, dokumentasi, masa, dan bidangkuasa mahkamah.

Hubungi kami untuk dapatkan bimbingan awal mengenai kos guaman anda atau baca mengenai bayaran peguam syarie Selangor di sini.

NAI Hanan & Partners berkhidmat di seluruh kawasan Selangor, termasuk kawasan bandar utama seperti Shah Alam, Petaling Jaya, dan Klang, serta kawasan-kawasan lain di sekitar Selangor.

Tugas peguam syarie meliputi memberi nasihat dan wakil dalam kes-kes berkaitan undang-undang syariah seperti perceraian, harta sepencarian, wasiat, dan masalah faraid. Mereka juga membantu dalam penyelesaian pertikaian dan perundingan mengikut hukum syariah.

Lihat pada pengalaman dan testimoni klien-klien lepas. Anda juga boleh membuat penyelidikan dalam talian, mendapatkan rujukan dari kenalan, atau menghubungi badan-badan perundangan untuk mendapatkan senarai peguam yang berkelayakan.

NAI Hanan & Partners telah mengumpulkan pengalaman selama 7 tahun dan telah berkhidmat untuk lebih daripada 500 klien.

Individu warga negeri Selangor yang berurusan dengan isu-isu perundangan berkaitan hukum Islam, seperti perceraian syariah, penyelesaian harta, penjagaan anak, dan pelaksanaan wasiat mengikut hukum syariah, memerlukan khidmat peguam syarie.

Untuk sesetengah kes, anda perlu lihat kariah anda untuk ketahui kes anda katuh bawah bidang kuasa negeri tertentu.

NAI Hanan & Partners mempunyai tauliah untuk berkhidmat di kesemua 14 negeri di Malaysia. Jika anda tidak tahu ke anda jatuh bawah bidang kuasa negeri apa, hubungi kami dan kami akan bantu.

Khidmat peguam syarie penting untuk memastikan semua urusan dan proses perundangan anda dijalankan mengikut prinsip dan undang-undang syariah yang berlaku. Mereka membantu dalam memberikan nasihat yang tepat dan mewakili anda dalam proses perundangan.

Terdapat ramai peguam syarie yang berpengalaman di Selangor. Anda boleh mencari peguam yang berpengalaman dengan menilai rekod kes mereka, testimoni dari klien sebelumnya, dan kelayakan akademik serta latihan profesional mereka.

Mahmakah Syarie Selangor

Hubungi Kami

Nyatakan masalah anda, dan kami akan balas dalam 24 jam.

Atau gunakan borang berikut:

Status Pekerjaan

Pengisian borang hubungi ini tidak dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang maklumat yang disediakan dalam borang ini adalah untuk tujuan pertanyaan sahaja dan tidak akan dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang hubungan pelanggan dan peguam hanya akan ditubuhkan selepas konsultasi peribadi yang sesuai dan perjanjian bertulis yang telah dimuktamadkan antara pihak-pihak yang berkenaan.