Apakah Beza Mahkamah Sivil Dan Syariah?

Sistem kehakiman Malaysia adalah gabungan dua sistem: Perundangan sivil dan perundangan Syariah. Disebabkan kewujudan dua sistem perundangan ini maka wujudlah dua sistem kehakiman: Mahkamah sivil dan mahkamah Syariah.

Beza Antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah

Beza mahkamah sivil dan Syariah yang paling jelas adalah daripada segi bidangkuasa. Mahkamah sivil mempunyai bidangkuasa untuk mendengar kes-kes yang berkait dengan hal-hal yang diperuntukkan di bawah Jadual Pertama, Senarai Kesembilan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Manakala, mahkamah Syariah pula mempunyai bidangkuasa untuk mendengar kes-kes yang berkait dengan hal-hal yang diperuntukkan di bawah Jadual Kedua, Senarai Kesembilan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Bagaimana untuk tahu jika kes jatuh bawah bidangkuasa mahkamah sivil atau syariah?

Untuk ketahui sama ada kes anda jatuh bawah bidangkuasa mahkamah sivil atau Syariah anda perlu ketahui inti dan hakikat (pith and substance) kes tersebut. Dengan itu, anda dapat ketahui sama ada kes itu jatuh bawah Senarai Pertama atau Kedua dalam Senarai Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Contohnya, di dalam kes Mamat bin Daud lwn Kerajaan Malaysia Mahkamah memutuskan bahawa Seksyen 298A dari Kanun Keseksaan secara inti dan hakikatnya jatuh bawah Jadual Kedua Senarai Kesembilan. .

Di dalam kes Nik Elin Nik Abdul Rashid lwn Kerajaan Kelantan, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan 16 undang-undang yang dibuat oleh kerajaan negeri kerana ‘inti dan hakikatnya’ tidak jatuh bawah hal-hal dalam Jadual Kedua Senarai Kesembilan.

Perlukan bantuan?

Jika anda masih keliru tentang kes anda, hubungi kami. NAI Hanan & Partners mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman. Gunakan borang di bawah atau hubungi kami di Whatsapp.

Nyatakan Masalah Anda

Kami akan balas dalam 24 jam

  • Maklumat anda selamat dengan kami

Hubungi Kami

Nyatakan masalah anda, dan kami akan balas dalam 24 jam.

Atau gunakan borang berikut:

Pengisian borang hubungi ini tidak dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang maklumat yang disediakan dalam borang ini adalah untuk tujuan pertanyaan sahaja dan tidak akan dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang hubungan pelanggan dan peguam hanya akan ditubuhkan selepas konsultasi peribadi yang sesuai dan perjanjian bertulis yang telah dimuktamadkan antara pihak-pihak yang berkenaan.