Faraid dalam Islam: Pembahagian Harta Pusaka Menurut Hukum Syarak

Faraid merujuk kepada pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang yang beragama Islam. Ia merupakan aspek penting dalam hukum warisan Islam yang mengatur bagaimana harta peninggalan seseorang harus dibahagikan kepada ahli waris yang sah dan layak.

Apa Itu Faraid?

  • Faraid bermaksud pembahagian harta pusaka mengikut ketetapan syarak. Ia melibatkan pengagihan harta yang ditinggalkan oleh si mati kepada ahli waris yang berhak.
  • Faraid diagihkan hanya selepas hutang dan harta yang diwasiatkan telah ditolak daripada jumlah harta pusaka.

Apakah Perbezaan Faraid vs Wasiat?

Faraid adalah sistem pembahagian harta pusaka yang telah ditetapkan oleh syariah Islam. Ia merujuk kepada hukum-hukum yang mengatur pembahagian harta pusaka pewaris kepada warisnya. Faraid memastikan bahawa setiap waris mendapat bahagian yang adil dan saksama, berdasarkan ketetapan yang telah ditentukan dalam al-Qur’an dan hadis.

Sebaliknya, wasiat adalah pernyataan atau dokumen yang ditulis oleh seseorang (pewasiat) yang mengatur bagaimana harta benda mereka akan dibahagikan setelah kematian mereka. Dalam konteks Islam, wasiat boleh digunakan oleh pewasiat untuk mewariskan sebahagian harta mereka kepada individu atau organisasi yang tidak termasuk dalam waris faraid, seperti sahabat, jiran, atau organisasi amal. Namun, wasiat ini tidak boleh melebihi sepertiga dari harta pewasiat dan tidak boleh diberikan kepada waris yang sudah mendapat bahagian melalui faraid.

Secara ringkas, faraid adalah sistem pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh syariah, manakala wasiat adalah cara untuk pewasiat menentukan bagaimana harta mereka akan dibahagikan. 

Mengapa Perlu Wasiat Kalau Ada Faraid?

Wasiat membolehkan si mati memberikan harta kepada individu atau badan tertentu yang tidak termasuk dalam senarai faraid.

Bahagian Faraid untuk Setiap Ahli Waris

Berikut adalah kadar asas pembahagian faraid untuk ahli waris (mengikut turutan):

  • Suami: ½ jika si mati (isteri) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, ¼ jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.
  • Isteri: ¼ jika si mati (suami) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/8 jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.
  • Anak Lelaki: 100% daripada baki (Asabah) sekiranya seorang, dikongsi sama rata daripada baki (Asabah) sekiranya lebih daripada seorang, Asabah Bilghairi jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.
  • Anak Perempuan: ½ jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih dibahagi sama rata, Asabah Bilghairi jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.
  • Cucu Dan Kebawah: Sama seperti anak lelaki dan anak perempuan jika tiada waris atasnya (contoh: jika tiada anak, cucu lelaki dan perempuan berkongsi dengan nisbah 2:1 sebagai asabah.
  • Bapa: 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/6 + Asobah jika si mati tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan.
  • Ibu: 1/6 jika si mati mempunyai anak atau cucu perempuan daripada anak lelaki kebawah atau mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan), 1/3 dari keseluruhan harta jika si mati mempunyai seorang saudara lelaki atau perempuan sahaja dan tiada anak kebawah, 1/3 dari baki harta jika si mati meninggalkan salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa waris lain.
  • Datuk: Jika si mati tidak mempunyai anak, cucu, atau bapa, datuk akan menerima Asabah.
  • Nenek Sebapa (Nenek Sebelah Bapa): Jika si mati tidak mempunyai anak, cucu, bapa, atau ibu, nenek sebapa akan menerima 1/6 dari harta pusaka. Jika ada lebih daripada seorang nenek sebapa, harta akan dibahagi sama rata.
  • Nenek Seibu (Nenek Sebelah Ibu): Jika si mati tidak mempunyai anak, cucu, bapa, ibu, atau nenek sebapa, nenek seibu akan menerima 1/6 dari harta pusaka. Jika ada lebih daripada seorang nenek seibu, harta akan dibahagi sama rata.
  • Saudara Lelaki Seibu Sebapa (Adik-Beradik): Jika si mati tidak mempunyai anak atau cucu, saudara lelaki seibu dan sebapa akan menerima Asabah. Jika ada lebih daripada seorang, harta akan dibahagi sama rata.
  • Saudara Perempuan Seibu dan Sebapa (Adik-Beradik): Jika si mati tidak mempunyai anak, cucu, atau saudara lelaki seibu dan sebapa, saudara perempuan seibu dan sebapa akan menerima Asabah. Jika ada lebih daripada seorang, harta akan dibahagi sama rata.
  • Saudara Seibu (Adik-Beradik Seibu): Jika si mati tidak mempunyai anak, cucu, saudara sebapa, atau ibu, saudara seibu akan menerima 1/3 dari harta pusaka jika seorang, atau 1/3 dibahagi sama rata jika lebih daripada seorang.
  • Saudara Sebapa (Adik-Beradik Sebapa): Jika si mati tidak mempunyai anak, cucu, atau saudara seibu, saudara sebapa akan menerima Asabah. Jika ada lebih daripada seorang, harta akan dibahagi sama rata.
  • Saudara Seibu Sebapa Lelaki Bapa (Bapa Saudara): Jika si mati tidak mempunyai waris lain, bapa saudara akan menerima Asabah. Jika ada lebih daripada seorang, harta akan dibahagi sama rata.
  • Saudara Sebapa Lelaki Bapa (Bapa Saudara): Jika si mati tidak mempunyai waris lain, bapa saudara sebelah bapa akan menerima Asabah. Jika ada lebih daripada seorang, harta akan dibahagi sama rata.
  • Anak Lelaki Saudara Seibu Sebapa Lelaki Bapa (Sepupu): Jika si mati tidak mempunyai waris lain, sepupu akan menerima Asabah. Jika ada lebih daripada seorang, harta akan dibahagi sama rata.
  • Anak Lelaki Saudara Seibu Lelaki Bapa (Sepupu): Jika tiada waris lain, maka asabah akan ke sepupu sebelah bapa.

Untuk memudahkan anda, kami sediakan kalkulator faraid untuk orang awam mengira pembahagian harta pusaka dengan mudah. Hanya input bilangan ahli waris dan anda akan dapat tahu pembahagian tanpa perlu hafal cara pembahagian.

Perlukan bantuan?

Jika anda perlukan bantuan peguam syarie untuk menguruskan harta pusaka, hubungi kami. NAI Hanan & Partners mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman. Gunakan borang di bawah atau hubungi kami di Whatsapp.

Nyatakan Masalah Anda

Kami akan balas dalam 24 jam

  • Maklumat anda selamat dengan kami

Hubungi Kami

Nyatakan masalah anda, dan kami akan balas dalam 24 jam.

Atau gunakan borang berikut:

Pengisian borang hubungi ini tidak dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang maklumat yang disediakan dalam borang ini adalah untuk tujuan pertanyaan sahaja dan tidak akan dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang hubungan pelanggan dan peguam hanya akan ditubuhkan selepas konsultasi peribadi yang sesuai dan perjanjian bertulis yang telah dimuktamadkan antara pihak-pihak yang berkenaan.