Perkhidmatan Hibah & Peguam Hibah Selangor
Penyediaan dan Pelaksanaan Hibah
Nyatakan Masalah Anda
Kami akan balas dalam 24 jam
Tahun Pengalaman
Anda boleh memercayai kami untuk melaksanakan kes anda dengan cekap
Klien Dibantu
Pengalaman menangani pelbagai kes-kes yang berbeza.
Negeri
Diiktiraf dan bertauliah untuk kesemua 14 negeri di Malaysia
Apakah Hibah Harta?
Hibah ialah pemberian harta (sama ada hartanah atau bukan) kepada orang lain semasa hidup. Ia dilakukan sebagai tanda kasih sayang tanpa apa-apa balasan.
Hibah membolehkan individu mengatur pengagihan harta mereka mengikut kehendak mereka sendiri, selalunya kepada bukan waris atau untuk tujuan khas, seperti amal atau keperluan keluarga.
Apakah perbezaan hibah dan wasiat?
Wasiat hanya dilaksanakan selepas kematian manakala hibah boleh dilaksanakan semasa pemberi hibah masih hidup. Harta hibah juga boleh diberikan kepada sesiapa sahaja manakalah harta wasiat tidak boleh diberi kepada waris.
NAI Hanan & Partners telah mengumpulkan pengalaman dalam membantu klien mengharungi proses hibah harta di Malaysia. Jangan ragu untuk menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Perkhidmatan Yang Cekap Dan Efisien
Hilangkan kekeliruan seorang pakar kami bercakap dengan anda. Dapatkan nasihat yang berguna dan dipermudahkan.
Setelah berbincang dan bersetuju, kami akan segera memulakan kerja kami tanpa melengahkan waktu.
Alami penyelesaian pantas dalam kerangka undang-undang Syariah Malaysia.
Bagaimankah Proses Hibah Harta?
Halangan yang selalu dirasai oleh klien kami adalah prosedur undang-undang yang mengelirukan ketika hendak menghibahkan harta..
Bagaimana Untuk Buat hibah?
Hibah boleh dilakukan dengan lisan tetapi sebaiknya ditulis. dengan adanya saksi untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham
Adakah Perlu persetujuan Ahli Waris lain?
Tidak. Dalam hibah, pemberi hibah mempunyai hak sepenuhnya untuk tentukan bagaimana dan kadar hibah yang diberikan.
Harta apa yang boleh dihibahkan?
Segala aset yang yang didaftarkan dengan nama anda boleh dihibahkan oleh anda.
Menghibahkan Harta yang masih Dicagar oleh bank
Tidak ada undang-undang jelas buat masa sekarang berkenaan hibah harta yang masih dicagar oleh bank. Namun kebanyakan mahkamah telah membenarkan dengan syarat-syarat tertentu.
Perkhidmatan Hibah
Penyediaan Dokumen Hibah
Untuk penyediaan dokumen Hibah, langkah pertama adalah merumuskan harta yang ingin dihibahkan dan menentukan penerima.
Setelah itu, dokumen hibah disediakan dengan bantuan peguam untuk memastikan semua aspek undang-undang dan syarat-syarat Islam dipatuhi.
Dokumen ini mesti mengandungi butiran lengkap harta, identiti pemberi dan penerima, serta syarat-syarat hibah harta jika ada.
Pengesahan Hibah
Pengesahan Hibah adalah proses mengesahkan dan merakamkan Hibah secara sah menurut undang-undang. Ini melibatkan penandatanganan dokumen Hibah oleh semua pihak yang terlibat dan saksi, serta mungkin memerlukan pengesahan daripada pihak berkuasa atau mahkamah Syariah.
Perkhidmatan hibah ini menjamin bahawa Hibah dilaksanakan dengan betul dan mengelakkan pertikaian masa depan.
Pasukan Kami
Pasukan kami adalah pakar undang-undang Syariah yang prihatin, berpengalaman, dan dapat dipercayai. Peguam hibah Selangor kami juga mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang Syariah lain.
Nurul Hanan Binti Jasmin
B.A SYARIAH (Hons) UniSZA, DAIJ IIUM
jasmin@naihanan.my
Puan Nooramalina Imlah Mat Noor
LLB (Hons), DJALP UKM
amalina@naihanan.my
Sarah Syahirah Binti abdullah
LL.B (Hons) IIUM
sarah@naihanan.my
Berhubung dengan Pakar
Nyatakan masalah anda, dan kami akan balas dalam 24 jam.
Atau gunakan borang berikut:
Pengisian borang hubungi ini tidak dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang maklumat yang disediakan dalam borang ini adalah untuk tujuan pertanyaan sahaja dan tidak akan dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang hubungan pelanggan dan peguam hanya akan ditubuhkan selepas konsultasi peribadi yang sesuai dan perjanjian bertulis yang telah dimuktamadkan antara pihak-pihak yang berkenaan.
Soalan Lazim
Kami Sedia Membantu
Kami memahami bahawa anda sedang mengharungi waktu yang sukar. Anda berada dalam kekeliruan dan kerisauan, yang telah menjejaskan ketenteraman, pekerjaan, dan kebahagiaan anda secara menyeluruh.
Di NAI Hanan & Partners, kami bersedia membantu semua klien kami dengan penuh integriti, tanpa mengira masalah yang anda hadapi.