Apakah Tugas Peguam Syarie?
Tugas-tugas peguam syarie adalah seperti yang berikut:
- Memberikan nasihat berkenaan Syariah: Peguam syarie mempunyai tanggungjawab yang penting untuk memberikan nasihat yang terbaik kepada klien berkenaan undang-undang Syariah di Malaysia. Undang-undang Syariah di Malaysia adalah seperti isu-isu perkahwinan, penceraian, warisan, dan lain-lain seperti tertera dalam Senarai ke-2 Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.
- Mewakili klien di mahkamah: Jika dilantik oleh klien untuk mewakilinya, seorang peguam syarie akan mewakili klien di mahkamah dan berhujah untuk klien.
- Draf dan simpan dokumen: Peguam syarie juga, jika dilantik, bertanggungjawab untuk menulis dokumen untuk kliennya dan menyimpannya seperti surat wasiat.
- Menjadi orang tengah: Dalam beberapa kes, seorang peguam syarie mungkin juga bertindak sebagai orang tengah atau perunding untuk membantu menyelesaikan perselisihan antara pihak-pihak yang terlibat, terutamanya antara suami dan isteri.
- Rujukan masyarakat: Peguam syarie juga mempunyai peranan dalam mendidik masyarakat tentang hukum Syariah dan hak-hak mereka di bawah perundangan Islam.
- Menjaga etika profesional: Seperti peguam dalam bidang lain, peguam syarie juga harus menjaga etika profesional mereka dan menjaga kepentingan terbaik pelanggan serta kemaslahatan umum. Baca lebih mengenai etika peguam syarie di sini.
Ada soalan mengenai Peguam Syarie?
Jika anda keliru tentang sama ada anda perlukan peguam syarie atau perlukan nasihat secara umum, silalah hubungi kami menggunakan borang di bawah atau hubungi kami di Whatsapp.
Nyatakan Masalah Anda
Kami akan balas dalam 24 jam
Berhubung dengan Pakar
Nyatakan masalah anda, dan kami akan balas dalam 24 jam.
Atau gunakan borang berikut:
Pengisian borang hubungi ini tidak dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang maklumat yang disediakan dalam borang ini adalah untuk tujuan pertanyaan sahaja dan tidak akan dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang hubungan pelanggan dan peguam hanya akan ditubuhkan selepas konsultasi peribadi yang sesuai dan perjanjian bertulis yang telah dimuktamadkan antara pihak-pihak yang berkenaan.