Peguam Perkahwinan Di Malaysia
Khidmat Nasihat Perkahwinan
Nyatakan Masalah Anda
Kami akan balas dalam 24 jam
Tahun Pengalaman
Anda boleh memercayai kami untuk melaksanakan kes anda dengan cekap
Klien Dibantu
Pengalaman menangani pelbagai kes-kes yang berbeza.
Negeri
Diiktiraf dan bertauliah untuk kesemua 14 negeri di Malaysia
Isu-Isu Dalam Perkahwinan
wali Hakim
Wali hakim atau wali raja adalah pihak yang tidak mempunyai wali atau tidak memiliki wali sah menurut hukum syarak seperti wali enggan, wali tinggal terlalu jauh, wali akrab yang tidak dapat dikesan dan termasuk juga bagi kes anak tidak sah taraf.
Kebenaran Perkahwinan Bawah Umur
Permohonan kebenaran perkahwinan daripada Mahkamah Syariah hendaklah dibuat bagi lelaki di bawah umur 18 tahun dan perempuan di bawah umur 16 tahun.
Nusyuz
Suatu tindakan isteri yang dapat dimaksudkan sebagai ingkar atau menentang kehendak suami dengan tiada alasan syarak yang dapat diterima mengikut hukum syarak.
Kembali Taat
Tuntutan yang difailkan oleh suami untuk mengingatkan isteri tentang kewajipan atau tanggungjawab yang harus dipenuhi.
Nafkah Isteri
Nafkah yang wajib dibayar oleh suami kepasa seorang isteri yang meliputi keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, perubatan, Pendidikan dan pembantu bagi isteri jika sekiranya kebiasaan isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja).
Pengesahan Lafaz Ruju’
Bagi pasangan yang telah tamat tempoh iddah hendaklah mendapat pengesahan ruju’ dari Mahkamah Syariah.
Permohonan Poligami
Suami yang ingin berkahwinan lebih dari satu hendaklah memohon satu kebenaran dari Mahkamah Syariah bagi memastikan samada suami patut dan perlu untuk berpoligami menurut hukum syarak dan undang-undang.
Melangkah Keluar dari Kemelut Masalah Berkaitan Hal ehwal rumah tangga
Sama ada pertikaian mengenai nafkah, ketaatan isteri, atau isu-isu lain tentang perkahwinan, sudah pastinya akan membuat anda buntu mencari penyelesaian.
NAI Hanan & Partners telah mengumpulkan pengalaman dalam membantu klien seperti anda mengatasi cabaran ini. Jangan ragu untuk menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Perkhidmatan Yang Cekap Dan Efisien
Hilangkan kekeliruan seorang pakar kami bercakap dengan anda. Dapatkan nasihat yang berguna dan dipermudahkan.
Setelah berbincang dan bersetuju, kami akan segera memulakan kerja kami tanpa melengahkan waktu.
Alami penyelesaian pantas dalam kerangka undang-undang Syariah Malaysia.
Hubungi Kami
Nyatakan masalah anda, dan kami akan balas dalam 24 jam.
Atau gunakan borang berikut:
Pengisian borang hubungi ini tidak dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang maklumat yang disediakan dalam borang ini adalah untuk tujuan pertanyaan sahaja dan tidak akan dianggap sebagai nasihat undang-undang. Sebarang hubungan pelanggan dan peguam hanya akan ditubuhkan selepas konsultasi peribadi yang sesuai dan perjanjian bertulis yang telah dimuktamadkan antara pihak-pihak yang berkenaan.
Soalan Lazim
Kami Sedia Membantu
Kami memahami bahawa ramai klien kami berada dalam kekeliruan dan kerisauan, yang telah menjejaskan ketenteraman, pekerjaan, dan kebahagiaan mereka secara menyeluruh.
Di NAI Hanan & Partners, kami sedia membantu semua klien kami dengan penuh integriti, tanpa mengira masalah yang anda hadapi.